Thursday 27 October 2016

Aset Laut Malaysia Dan Singapura Bagi Memperoleh Command of the Sea.

Bagi mendapatkan command of the sea, ia memerlukan kehadiran beberapa kelas kapal yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kelas kapal yang paling berbahaya adalah aircraft carrier diikuti oleh battleship. Aircraft carrier bolehlah dianggap sebagai pangkalan udara bergerak. Penggunaan aircraft carrier bermatlamat untuk mengwujudkan air supremacy dan command of the sea. Ia boleh menempatkan pesawat tempur yang dapat melaksanakan misi di kawasan atau wilayah yang tidak mungkin atau sukar dilaksanakan tanpa pangkalan tentera. Dengan adanya aircraft carrier, sesebuah negara boleh memperluas kawasan operasi disebabkan pengurangan kebergantungan terhadap pihak ketiga. Disebabkan hampir 4/5 negara-negara di dunia mempunyai kawasan pesisir, maka kehadiran pangkalan udara bergerak di lautan memberi kelebihan kepada negara yang mempunyai aircraft carrier. Negara yang tidak mempunyai kawasan pesisir juga tidak semestinya selamat daripada jangkauan aircraft carrier disebabkan senjata utama aircraft carrier adalah pesawat tempur yang mampu terbang memasuki ruang negara mana-mana negara yang berada di dalam jangkauan penerbangannya. Keperluan teknologi yang tinggi serta kos pembuatan dan operasi yang tinggi menyebabkan cuma 13 buah negara sahaja yang memiliki kapal kelas ini. Daripada 39 buah aircraft carrier yang aktif beroperasi di seluruh dunia, 19 daripadanya adalah milik tentera laut Amerika Syarikat menjadikannya negara paling unggul di lautan (Global Fire Power 2016).

Rajah 1. Contoh pembahagian kelas-kelas kapal perang dan perbandingannya

Kelas kapal battleship pula membekalkan kuasa serangan atau tembakan yang besar. Ia boleh dianggap sebagai artillery di lautan. Sebelum wujudnya aircraft carrier, kekuatan tentera laut sesebuah negara bergantung kepada kapal kelas ini. Hal ini kerana, battleship bukan sahaja mampu menembak kapal-kapal musuh di lautan dengan kuasa tembakan yang tinggi pada jarak jauh tetapi mampu juga membedil sasaran di darat. Ia hanya perlu menempatkan diri di luar pantai dan membedil suatu wilayah sehinggalah wilayah tersebut menyerah kalah. Battleship dan aircraft carrier biasanya ditugaskan bersama-sama dengan kelas kapal yang lebih kecil seperti battlecruiser, kapal selam, destroyer, frigate dan corvette. Sebagai contoh, U.S. 7th Fleet Forces dianggotai oleh 60-70 buah kapal pelbagai kelas termasuklah "supercarrier" berkuasa nuklear USS George Washington menjadikan pasukan ini antara yang terbaik di dunia. Boleh jadi Sistem Pengelasan Todd-Linderg (Rajah 2) dapat dijadikan asas untuk menunjukkan kekuatan dan perbandingan tentera laut negara-negara.

    Rajah 2. Sistem Pengelasan Todd-Lindberg

Malaysia mempunyai 2 buah kapal selam, 2 buah frigate dan 6 buah corvette manakala Singapura mempunyai 4 buah kapal selam, 6 buah frigate dan 6 buah corvette. Hal ini bertepatan dengan pengelasan Todd-Lindberg (Rajah 1) yang meletakkan Malaysia dan Singapura sebagai setara. Tidak ada kelebihan ketara yang dipunyai oleh satu-satu negara dari segi kecanggihan atau bilangan aset yang dimiliki terutama disebabkan ketiadaan kapal perang berkuasa tinggi seperti aircraft carrier, battleship dan destroyer.

Rajah 3. Aset kapal perang Malaysia dan Singapura

Dalam perbincangan lepas, saiz wilayah yang besar memberi kelebihan kepada Malaysia dalam pertempuran di udara. Dalam pertempuran di lautan, pertarungan antara tentera laut Malaysia dan Singapura mungkin berlaku di sekitar kawasan sempadan laut Malaysia-Singapura sehaja iaitu sekitar Selat Melaka dan perairan Johor. Hal ini kerana kedua-dua negara tidak mempunyai aset yang cukup untuk ditempatkan di banyak kawasan. Kapal-kapal utama iaitu kapal selam, frigate dan corvette perlu beroperasi dalam pasukan yang sama bagi mengurangkan risiko diserang dan meningkatkan kebolehupayaan dan keberkesanan setiap kapal. Jadi, faktor keluasan perairan negara tidak memainkan peranan yang besar jika melihat kepada aset laut yang dimiliki oleh kedua-dua negara.

Penting untuk dinyatakan juga bahawa Malaysia tidak mampu menjaga keseluruhan perairan disebabkan aset yang terhad. Hal ini menjadikan serangan secara kecil-kecilan dapat dilakukan di seluruh negara menggunakan kapal-kapal amphibious Singapura (kapal pengangkut pasukan darat). Hal ini walaubagaimanapun bukanlah mudah disebabkan keupayaan radar, operasi kawalan maritim oleh kapal-kapal patrol serta kapal-kapal awam seperti bot-bot nelayan yang dapat membantu mengesan unit-unit tentara laut Singapura. Tidak seperti pasukan udara, pasukan laut bergerak pada kadar yang perlahan lalu memberi masa kepada negara yang bertahan untuk bertindak. Singapura dalam posisi bertahan juga mempunyai kelebihan kerana pemusatan angkatan-angkatan tentera baik darat, udara mahupun laut. Selain itu, ia turut mempunyai sistem pertahanan pesisir yang mempu menghalang pendaratan kapal-kapal amphibious Malaysia.

Kesimpulannya, aset ketenteraan laut Malaysia dan Singapura adalah setara. Ancaman penguasaan laut (command of the sea) oleh sesebuah negara adalah rendah. Angkatan laut hanya dapat beroperasi pada tahap maksima jika mendapat sokongan daripada unit-unit udara dan darat, disamping bergantung kepada keupayaan sistem radar dan sistem keselamatan pertahanan pesisir oleh negara yang ingin diserang.









No comments:

Post a Comment